ASMA AL-HUSNA

Friday, June 12, 2009

DON'T READ THIS ARTICLE

You’re not allowed to read this article,
This is the second sentence,
Please stop reading,
Wherever you are, please stop reading,
Or you will regret it later,
Stop!!! I say stop reading!!!
You’re still reading it,
I’m warning you once again,
Don’t read this article but…
Why are you still reading it???
I’m warning you once again,
Don’t read this article…
Why are you still reading it???

Don’t read this article!!!
This is the second paragraph
That you have read,
Why are you still reading it???
Can’t you obey this simple question?
You’re just wasting your time,
If you keep reading it…
But if you’re still reading it,
That proves you’re a stubborn person,
Because you never ever try to obey this simple instruction…

BAHAGIA HANYA SEKETIKA



Cuti semesta datang lagi kehadiran di rumah ibarat tunggul yang menyepi tanpa dipedulikan. Sudah seminggu ayah tidak pulang ke rumah. Kata Mak Asih, pembantu rumahku, ayah ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat. Bonda pula kerap pulang lewat malam kerana menyelesaikan tugasnya sebagai pengurus di sebuah bank di Johor Bahru. Harapanku agar cuti kali ini dapat diisi dengan pengalaman manis yang dapat merapatkan kami, sebuah keluarga yang mewah dengan harta tetapi kasih sayang, hancur berkecai apabila bonda terpaksa bertugas di Singapura selama dua minggu ini. Ini bermakna aku akan ditinggalkan berseorangan di rumah sehingga cuti pertengahan semesterku berakhir. Petang itu, selepas bonda dihantar oleh Pak Amran, driver ayahku, ke lapangan terbang, aku terus mengenakan seluar jeansdan t-shirt untuk keluar bersiar-siar. Tiada siapa yang dapat menghalang keras kepalaku untuk berseorangan hari itu, walaupun telah ditegur Mak Asih.

Di bawah sebatang pokok, aku cuba mengenang kembali hidupku yang sunyi tanpa kasih sayang. Kelihatan di suatu sudut, sebuah keluarga yang duduk bersama sambil bergurau senda. “Jika aku bukannya anak tunggal, pasti hidupku berteman…”, setitis air mata jatuh ke bumi, tiba-tiba kepalaku terasa amat berat. Pandanganku gelap, lalu…

Kedengaran suara Mak Asih di sisiku. Aku cuba mencari-cari wajah ayah dan bonda tetapi hampa. Sinar terang menusuk ke mataku dan kini baru kutahu aku berada di hospital. Mak Asih memberitahuku, bonda dan ayah berpesan agar selalu makan ubat supaya sakit kepalaku berkurangan. Katanya lagi, bonda dan ayah tidak dapat pulang melawatku kerana terlampau sibuk dengan tugas masing-masing. “Sampai hati bonda dan ayah meninggalkan aku… apakah kerja lebih penting daripada kesihatanku??” hatiku berbisik diiringi air mata yang membasahi pipi. Setelah aku diperiksa, doktor membenarkan aku pulang sambil dibekalkan beberapa jenis pil. Kata doktor, pihak hospital akan mengeluarkan keputusan pemeriksaan enam bulan lagi. Aku tertanya-tanya mengapa lama sangat? Persoalan yang bermain di fikiranku termati apabila kereta yang dipandu oleh Pak Amran memasuki kawasan banglo.

Esok, persekolahan semestaku yang kedua akan bermla. Sebagai pelajar di sebuah sekolah berasrama, aku terpaksa pulang ke asrama petang ini juga. Sambil berkemas, sekali lagi wajah ayah dan bonda bermain di kotak fikiranku. Selama tiga tahun aku hidup di asrama, cuma sekali sahaja mereka menghantarku ke sana. Selepas itu, tugas tersebut diserahkan bulat-bulat kepada Pak Amran. Bila aku terlihat Danang, tasya, Nakula dan Sadewa dihantar pulang oleh keluarga masing-masing, aku mulai sebak. “Sampai bila nasib aku akan terus begini??”

“Nabila!!” aku tersentak. Fikiranku yang melayang jauh kembali kutumpukan ke dalam kelas. Segala nota di papan putih cuba kuamati tetapi otakku buntu untuk menerima itu semua. Walaupun SPM hanya tinggal lima bulan lagi, persediaanku untuk menduduki peperiksaan besar itu amat tipis sekali. Dalam masa yang sama, semangat untuk terus belajar lesap.

Kedengaran suara lembut cikgu Tini, guru Sejarah yang juga merupakan guru kaunseling.
Aku melangkah keluar dari bilik kaunseling dengan perasaan yang berkecamuk. Masih terngiang-ngiang lagikata-kata Cikgu Tini sebentar tadi. “Nabilah!! Sejak akhir-akhir ini awak sering termenung di dalam kelas. Saya perhatikan keputusan peperiksaan awak semakin merosot. Saya mahu awak sedar bahawa SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Jika awak mempunyai masalah, ceritakanlah kepada saya. Saya berjanji akan membantu awak.”

Patutkah aku menceritakan rahsia hidupku yang kusimpan rapi di dalam hati selama tujuh tahun ini? Sejak hari itu, hubungan aku dengan Cikgu Tini kian rapat, ibarat kakak dan adik. Dia segala-galanya kini, tempatku mengadu, tempatku bergelak ketawadan tempatku bersedih. Semakin lama kurasakan hidup ini ibarat bersinar kembali. Aku semakin bersemangat untuk belajar.

Tanggal 08 November kini menjelang. Aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan. Teringat kembali kepada ayah dan bonda. Akanku hadiahkan kepada mereka 12A1 walaupun hadiah ini mungkin tidak memberi apa-apa kesan terhadap kasih sayang mereka. Setinggi-tinggi harapanku hanyalah satu, ingin memiliki keluarga yang bahagia

Esok akan bermula cuti semester. Sebelum meninggalkan sekolah, kelihatan wajah gembira pada setiap pelajar tingkatan lima. Aku berlari-lari anak di bawah terik matahari menuju ke kantin. Sedang aku menjamah nasi lemak, sekali lagi sakit kepalaku menyerang. Dengan pantas Cikgu Tini dipanggil dan lantas aku dibawa memandangkan keadaan aku yang agak kritikal. Aku hanya di temani Cikgu Tini sebelum dia membuat panggilan telefon kepada ayah dan bonda.

“Cikgu, andai saya pergi dulu...”
“Eh, apa awak katakan ini, Nab?”
“Katakan kepada bonda dan ayah...Nabilah mahukan keluarga yang bahagia”, dengan perlahan-lahan aku menutup mataku.
Perlahan-lahan aku membuka mataku. Teringin sekali aku melihat alam yang kurasakan tidak bermakna bagiku ini. Bonda..... ayah, kedua-duanya berada di sisiku dengan mata yang digenangi air.
“Nab, maafkan bonda dan ayah sayang... Kami tidak sangka semuanya kan berlaku seteruk ini.”
“Nabilah... Semuanya telah cikgu ceritakan kepada ayah dan bonda kamu.” Alngkah bahagianya hidup ini... Baruku rasakan bahagia yang kucari selama ini.
“Bonda dan ayah berjanji tidak akan tinggalkan Nabilah lagi...”
Dengan penuh kasih sayang, bonda memeluk erat tubuhku. Cikgu Tini mengatakan sudah dua minggu aku terlantar koma di hospital. Kelihatan kelibat doktor yang merawatku lalu dihadapan bilikku.
“Doktor, boleh sya tahu...”
“Ya, Nabilah, awak ada apa-apa masalah? Saya harap awak dapat bersabar kerana keputusan 6 bulan lepas akan dikeluarkan esok.” Ah, persoalannya tak pernah terjawab!
“Nabilah, esok keputusan SPM akan keluar itu pun, bonda dan ayah akan ke sekolah untuk mengambilnya tapi Nabilah tak boleh ikut.”
“Kenapa Nabilah tak boleh ikut bonda, ayah?” Aku tidak berpuas hati.
“Kan Nabilah masih sakit, sayang... Ermmm... baiklah, kalau Nabilah dapat 12A, Nabilah nak ayah belikan hadiah apa?
“Ayah... Bonda... , Nabilah hanya mahukan kasih sayang bonda dan ayah selagi Nabilah masih hidup. Bagi Nabilah, itulah hadiah yang paling berharga...” Bonda dan ayah terdiam sebentar sambil tersenyum. “Percayalah Nabilah! Segala kasih sayang bonda dan ayah takkan kami sia-siakan.” Syukur kepada Ilahi...
“Nabilah, tahniah nak...” Ah, aku terjaga dari tidurku. Jam dinding menunjukkan tepat jam 11.30 pagi. Sarapan yang dihidangkan oleh jururawat di hadapanku telah pun sejuk.
“Sayang, kamu dapat 12A”
“Alhamdulillah, ayah dan bonda... terima kasih, tanpa ayah dan bonda tak mungkin Nabilah dapat keputusan secemerlang ini.” Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
“Encik Aji dan Puan Arini, sila ke bilik saya.” Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Ayah dan bonda memandang ke arahku lalu melangkah menuju ke bilik doktor.
“Nabilah, ayah harap Nabilah dapat bersabar. Kami terpaksa memberitahu Nabilah hal ini walaupun pahit untuk kami luahkan. Seperti kata doktor Nabilah hanya boleh...” Kelihatan pipi bonda dan ayah mula dibasahi air mata. Aku semakin keliru, “hidup seminggu sahaja lagi, Nabilah menghidap barah otak yang kritikal...” Mukaku bertukar pucat, air mataku mula bergenang. Persoalan yang selama ini menghantuiku terjawab dan inilah takdir yang terpaksa aku terima. Walaupun aku derita menanggung penyakit ini, tetapi di sudut hatiku, masih tersimpan gembira dan syukur kerana dapat menyatukan kembali ayah dan bonda. Sekurang-kurangnya harapanku untuk memiliki kebahagiaan telah dapat kukecapi walaupun seketika...

Monday, June 8, 2009

SALAHKAH REMAJA SEKOLAH BERCINTA?




" Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan kudrat, Tetapi membangkitkan semangat."-HAMKA.



Berbicara tentang cinta, tentunya tidak lepas daripada perbincangan tentang cinta monyet yang banyak melanda remaja sekolah masa ini. Persoalan yang timbul, salah besarkah sekolah jika membiarkan diri mereka dilamun cinta? Kebanyakan mereka akan cuba meyakinkan diri diri sendiri atau pihak lain, bahawa cinta tidak akan sama sekali mengganggu pelajaran mereka. Malah, mereka megah menyatakan bahawa kehadiran orang tersayang membawa mereka kepada kehidupan yang lebih bererti dan lebih berazam untuk belajar. tidak kurang yang yakin sungguh bahawa mereka dapat mengawal diri daripada terjerumus ke kencah maksiat.



Persoalan menarik ini boleh dikupas daripada beberapa aspek. Pertama, memahami hakikat bahawa cinta adalah sebahagian daripada fitrah insan yang dianugerahkan oleh Allah. Malah, orang yang benci akan cinta boleh dianggap sebagai tidak normal. Dari sudut psikologi pula, cinta dilihat dapat menyatukan dua individu berlainan jantina dan latar belakang yang berbeza. Apa tidaknya, cinta menjadi pengalaman yang mengasyikkan, mengkhayalkan dan menyeronokkan. Sewaktu dalam percintaan, minda terbayang hanya yang terbaik sahaja tentang kekasihnya. Pasangan dilihat dapat memenuhi segala hasrat dan impian diri, lantas bangkit perasaan untuk sentiasa berdamping dengan si kekasih. Maka ramailah rmaja, termasuk pelajar sekolah yang seawal tingkatan satu lagi sudah berjinak-jinak bermain cinta.


Kedua, adakah benar cinta itu dapat memberikan semangat untuk belajar dan untuk perkara-perkara yang lain? Atau, adakah itu hanyalah sekadar alasan untuk remaja 'menghalalkan' apa yang sedang mereka 'perjuangkan'? amat sukar untuk mempercayai bahawa muda mudi tidak mudah terganggu konsentrasi belajar sedangkan banyak masa terisi dengan membayangkan wajah orang yang dicintai dan mengkhyalkan untuk bersama-sama dengannya. Walaupun memang ada pelajar yang memang tetap pandai belajar meskipun sibuk bercinta, itu langsung tidak membuktikan cinta itu tidak mengganggu pelajarannya. Tentunya jika tidak terjebak dengan percintaan, minda, emosi dan kepandaian pelajar itu dapat ditumpukan lebih kepada pelajarannya.


Cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah. Cinta sejati ini mendorong mendorong manusia mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Kemanisan iman dikecapi melalui ketaatan kepada semua semua ajaran Rasulullah s.a.w. diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: nabi s.a.w. bersabda: “Tiga perkara, jika terdapat dalam diri seseorang, ia akan mendapat kemanisan iman: seorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, orang yang mencintai seseorang lain hanya kerana Allah, dan orang yang tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran, sebagaimana dia benci dimasukkan ke dalam api neraka.”

Cinta kepada Allah dan Rasul tidak menghalang seseorang untuk mencintai sesama manusia, tetapi cinta itu mestilah dipelihara agar tidak melanggar nilai-nilai agama. Mencintai seseorang bukan berlandaskan nafsu, rupa paras, darjat dan harta. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Cinta kamu terhadap sesuatu menyebabkan kamu buta dan tuli” (Riwayat Ahamd dan Abu Daud). Kenapa cinta menjadikan manusia buta dan tuli? Cinta tidak penah buta, tetapi orang yang bercinta itu yang buta kerana tidak tahu mengurus perasaan cintanya.

Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dihiaskan indah kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan, anak-pinak, harta benda yang banyak, berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semua itu adalah esenangan hidup di dunia. Dan ingatlah, pada sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).”-Surah Al Imran:14)

Mengapa terlalu mudah sangat remaja sekolah jatuh cinta pada seseorang? Perasaan itu datang pada bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya dengan orang yang mereka kenal. Biasanya, perasaan cinta itu muncul daripada pandang pertama. Inilah yang biasanya berlaku dan yang dipandang adalah wajah seseorang, bukan keperibadiannya. Ada pula cinta yang bermula daripada persahabatan biasa, kemudian berubah menjadi cinta. Benarlah kata sesetengah ahli psikologi, tidak akan ada persahabatan bagi individu berlainan jantina. Pada mulanya kawan biasa-biasa sahaja, sama-sama berbincang soal pelajaran, tetapi lama kelamaan berubah menjadi cinta. Adakah itu suatu nikmat atau suatu bala? Ahli psikologi ada menerangkan bahawa sejenis hormon akan dirembeskan oleh badan orang yang dilamun cinta. Malangnya hormon ini akan menjadikan orang itu menjadi bodoh. Lalu tidak peliklah andai kita mendengar atau terbaca kisah-kisah seperti: utamakan cinta dari segala-galanya, bunuh diri kerana cinta, jual harta benda dan maruah diri kerana cinta, menipu keluarga, guru dan berhabisan wang ringgit demi cinta dan banyak lagi. Yang peliknya, orang yang bodoh itu tidak sedikit pun merasa apa-apa, semuanya jadi indah, hanya kerana ‘aku’ sudah jatuh cinta!!!

Para pelajar sewajarnya menyedari bahawa amat sukar memelihara diri daripada mengikut hawa nafsu, bila terjebak dalam fantasi cinta. Banyak kemungkaran dan dosa yang berlaku semasa cinta karut marut ini terjalin. Masakan tidak, remaja tentunya berusaha bermati-matian supaya kekasih tetap mencintainya. Maka ramai yang tidak segan silu lagi mengungkapkan kata-kata yang mengghairahkan, atau berjumpa (dating) serta berutus-utus surat yang sarat dengan pujuk rayu yang menggoda. Percintaan seperti ini hanyalah merupakan pintu kepada zina. Sedangkan Allah membuat peraturan mengenai pergaulan lelaki dan wanita iaitu hendaklah mereka menutup aurat dan menundukkan atau menjaga pandangan daripada melihat sesuatu yang tidak halal. Secara jujurnya, memang tidak ada alasan yang kuat menyatakan percintaan itu bebas daripada perzinaan. Sedangkan dipandang sahaja suruh tunduk, inikan pula kalau memang sengaja berjumpa di luar sekolah atau asrama. Tersangat mudah bagi syaitan menusuk masuk ke sanubari orang yang sedang khayal dek percintaan ini.

Akhirnya, wahai remaja, yakinilah kepada janji Allah: lelaki yang beriman adalah untuk perempuan yang beriman, begitulah sebaliknya. Berjihadlah meningkatkan iman dan taqwa anda. Jadilah remaja yang soleh, kelak Allah akan menganugerahkan ‘seseorang’ yang terbaik untuk anda pada masa yang lebih sesuai. Sebarkan cinta anda meluas kepada semua orang di sekeliling anda, cinta kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara anda, sebagaimana yang disarankan oleh pakar motivasi tempatan Dr. HM Tuah Iskandar AlHaj: “2 tips untuk bercinta dalam istilah yang bijaksana ialah: pertama, tatkala jatuh cinta, cepat-cepat letakkan dia pada kedudukan yang kelima selepas cinta kepada Allah, kepada nabi, kepada ibu bapa dan kepada ilmu. Kedua, dapatkan ilmu bercinta dari buku motivasi berteraskan agama, bukan dengan terlalu banyak mendengar lagu jiwa dan menonton filem cinta”. Selain itu remaja, pertahankan jati diri dan maruah anda, anda tidak mudah goyah oleh gula-gula cinta. Amalkan sahaja sikap just a friend dan tidak lebih dari itu. Bergaullah dengan ramai orang untuk mencari ilmu, pengalaman dan kemahiran sosial kerana bertumpu hanya pada ‘seorang’ sebenarnya menyempitkan ruang pemikiran dan kematangan anda.